Tiang Masjid Nabawi
[Raudahtul Jannah]
1. TIANG SAYYIDAH AISYAH
Tiang ini adalah yang ketiga dari mimbar dan ketiga dari maqam Rasulullah SAW dan ketiga dari kedudukan kiblat di dalam masjid Nabawi. Di bawah tiang inilah Rasulullah SAW sentiasa mengerjakan solat dan menjadi imam selama beberapa bulan, ketika mana kiblat solat masih ke arah Masjid aL-Aqsa.
2. TIANG TAUBAT
Tiang ini terletak di sebelah timur ‘Tiang Aisyah RA’, nombor 4 dari mimbar, nombor 2 dari Maqam Rasulullah SAW dan nombor 3 dari kedudukan Kiblat. Dinamakan ‘Tiang Taubat’ kerana di situlah seorang sahabat dari kaum Ansar bernama Abu Lubabah ra. telah mengikat dirinya sebagai hukuman kerana telah mengkhianati Rasulullah SAW kepada Yahudi Bani Quraizah. Akhirnya Rasulullah SAW membuka ikatan Abu Lubahah setelah ALLAH SWT menurunkan wahyu menerima taubat Abu Lubahah yang ikhlas itu.
3. TIANG KATIL
Tiang ini ialah yang bersambung dengan pagar besi Maqam dan bersebelahan dengan ‘Tiang Taubah’. Tiang ini mendapat namanya kerana di situlah Rasulullah SAW beriktikaf dan mempunyai katil yang diperbuat daripada pelepah tamar yang diletakkan bedekatan tiang tersebut untuk Baginda berehat dan beriktikaf.
4. TIANG PENGAWAL
Tiang ini terletak di sebelah timur ‘Tiang Katil’ dan dikenali sebagai ”Tiang Ali ibnu Abi Thalib r.a’ kerana beliau selalu duduk bersolat dan duduk di bahagiannya yang bersambung dengan rumah Rasulullah SAW untuk menjaga Rasulullah SAW sebelum turun firman ALLAH SWT yang bermaksud, “ALLAH SWT melindungi engkau daripada gangguan manusia”. Selepas itu tidak ada lagi sahabat yang mengawal Rasulullah SAW.
5. TIANG PERWAKILAN
Tiang ini terletak di sebelah utara dari belakang ‘Tiang Pengawal’. Dinamakan ‘Tiang Perwakilan’ kerana Rasulullah SAW selalu duduk di tiang tersebut untuk menerima kedatangan perwakilan dari mana-mana kaum yang ingin bertemu dengan Baginda.
6. TIANG EMPAT PERSEGI KUBUR
Tiang ini dikenali juga sebagai ‘Tiang Maqam JibriL ‘alaihissalam iaitu tempat berdiri Malaikat JibriL ‘alaihissalam ketika datang bertemu Rasulullah SAW. Ia terletak di sebelah timur ‘Raudhah’ dan kini terletak di dalam pagar Maqam. Menurut ahli sejarah, rumah Sayyidah Fatimah aL Zahra’ RA terletak berhadapan dengan tiang ini
7. TIANG TAHAJJUD.
Tiang ini terletak di belakang rumah Sayyidah Fatimah RA dari arah sebelah utara. Kini tiang tersebut berada dalam pagar Maqam dan sebagai tanda kepada tiang ini, dibina satu mihrab yang telah ditutup dengan batu dan dijadikan rak aL-Quran yang di atasnya terdapat gambar Masjidil Haram.
8.
اَلأُسْطُوَانَة المُخَلَّقَةُ Tiang Wangi
Inilah tempat yang Rasulullah s.a.w selalu bersolat. Ianya juga dikenali dengan nama أسْطُوَنَة حَنَّاَنة. Tempat berlakunya peristiwa batang tamar sewaktu Rasulullah s.a.w berpindah menyampaikan khutbah di atas mimbar. Para sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah s.a.w. oleh sebab itulah wujudnya nama Tiang Wangi.
#SuksesMulia
#TalktoAllah
#AllahYaSalam
#AllahYaFaataah
Comments
Post a Comment